BARABEREH

BARABEREH


UMMI NAZEERA ENGGAN BERTEMU MEDIA ELAK SIKAP RIAK

Posted: 31 Aug 2014 07:08 PM PDT


Diakui memang jarang Ummi tampil menceritakan kisah hijrahnya untuk tatapan orang ramai. Selepas tamat pengajiannya pun Ummi dilihat lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti agama dan tidak tampil di suratkhabar atau televisyen untuk bercerita perkembangan hidupnya. Hanya baru-baru ini sahaja Ummi Nazeera mula membuka mulut dan berkongsi detik-detik perubahan dalam hidupnya yang bermula di Melbourne, Australia.

Menerusi portal Murai baru-baru ini, Ummi Nazeera memaklumkan punca utama dirinya enggan ditemuramah oleh mana-mana media mengenai penghijrahannya adalah kerana bimbang timbul perasaan riak di dalam diri. Kata Ummi:-

Selama ini bukan saya sengaja untuk tidak mahu berjumpa dengan rakan media. Saya ada alasan saya sendiri. Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira.

Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak.

Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini.


Memang ada logiknya kebimbangan Ummi Nazeera tersebut. Biasalah awal-awal berhijrah pasti akan ada bisikan dan godaan daripada syaitan untuk memesongkan niat penghijrahan tersebut. Mana tahu kalau tak tahan godaan niat yang kerana Allah boleh terpesong kerana dambakan pujiaan daripada manusia. Satu langkah yang bijak buat Ummi untuk menyepikan diri buat seketika. Semoga selepas ini Ummi akan semakin aktif berkongsi kisahnya untuk dijadikan teladan buat orang ramai. -BeautifulNara

''TIDAK SALAH RAMLI MS SEMBUNYIKAN PERKAHWINAN" - USTAZ KAZIM

Posted: 31 Aug 2014 07:03 PM PDT


PETALING JAYA - Langkah konduktor muzik terkenal Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS dan penyanyi Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga.

Penceramah selebriti, Ustaz Kazim Elias berkata, ini pasangan itu berhak merahsiakan perkahwinan mereka itu kepada umum kerana mengwar-warkan kepada masyarakat adalah sunat.

"Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.

"Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu," katanya.

Kazim diminta mengulas berkenaan dengan isu pernikahan rahsia Ramli MS dan Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasilah Hassan, 33, yang dilakukan di Batam, Indonesia kira-kira setahun lalu.

Rahsia pasangan itu terbongkar apabila sekumpulan pegawai penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong kira-kira pukul 7.30 pagi, Khamis lalu.

Dalam serbuan itu kedua-dua pasangan tersebut memberi kerjasama yang baik kepada anggota penguatkuasa selain berjaya meyakinkan mengenai pernikahan mereka yang dilakukan di Batam, Indonesia itu.

Dalam pada itu, Ramli menyifatkan kontroversi perkahwinannya itu terlalu diperbesarkan seolah-olah beliau melakukan kesalahan serius seperti menjual dadah.

Sementara itu, Kazim berkata, orang ramai mahupun pihak media tidak perlu terlalu beria-ia menyalahkan Ramli mahupun Alyah kerana pasangan itu mungkin ada sebab-sebab tertentu apabila tidak mahu mendedahkan perkahwinan tersebut.

Katanya lagi, mengikut hukum Islam juga, apabila seorang suami mahupun isteri menafikan perkahwinan mereka, ia tidak menggugat perkahwinan sehingga jatuh talak.

"Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.

"Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.

"Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka," tuturnya.

Kinayah adalah menyebutkan sesuatu ungkapan yang dimaksudkan dengan makna lain yang bukan makna asalnya. Antara tujuan kinayah adalah untuk memperelok makna dan mengindahkannya, di samping menyembunyikan sesuatu perkara daripada pendengar, lapor mStar.

LUAHAN HATI SHERRY PENGACARA MELODI DIKUTUK GEMUK

Posted: 31 Aug 2014 09:47 AM PDT



Sherry telah meluahkan perasaannya di laman sosial apabila ada penonton Melodi mengutuk dirinya yang berbadan besar. Tadi, beberapa penonton mengutuk bentuk badannya yang gemuk


Ini tulis Sherry:

Salam semua, harap kalian sihat hendaknya. Sempena hari kemerdekaan Malaysia yg ke 57 dan sempena bulan 11 saya akan berumur 30 tahun, saya ingin menulis nukilan cinta di ig. Harap sudi membacanya. Dulu masa kecik saya kena buli sebab badan saya besar, takdapat masuk pancaragam sekolah( itu bukan sebab badan besar, tp saya memang buta muzik) tak menang pertandingan nyanyian (sebab yang sama) dan bila saya pergi ujibakat drama di sekolah pun saya tak dapat sebab saya terlalu cantik kat sekolah tu.

Tp saya memang suka berlakon. Bila masuk sekolah menengah, saya cuba lagi (pertandingan nyanyian saya dah tak cuba) masuk apa sahaja bidang yg melibatkan seni. Eh, dapat plak. Saya masuk pertandingan pantun, pertandingan sajak, dikir barat, drama, pertandingan top model dan lain2. Berjaya alhamdulilah. Sampailah saya habiskan pengajian ijazah saya dlm bidang seni persembahan. Saya juga pernah menjadi 10 peserta akhir pencarian dewi remaja. Moral of the story - "GEMUK" itu hanya satu perkataan, jangan jadikan perkataan itu merosakkan kita. Kita yang akan merosakkan diri kita sendiri. Bukan org lain. Jadikan kelemahan itu sebagai kekuatan. Salam sayang dr saya di perantauan. Yang benar, Kakak Cantik

Rilek je la Sherry, adat la tu ada yang tak suka dan ada yang suka. Kalau nak jadi artis atau selebriti popular kena pekakkan telinga dan hadam je kutukan orang ramai.


Jom baca luahan penuh Sherry:




TAKZIAH, LISA SURIHANI KEGUGURAN

Posted: 31 Aug 2014 09:29 AM PDT

Terbaca di ruang Kosmo tentang berita yang agak sedi berlaku kepada pasangan selebriti Yusry KRU dan Lisa Surihani.

Dari laporan wartawan Kosmo bernama Diva, Lisa Surihani dikatakan telah mengandung namun keguguran beberapa bulan yang lalu.

Kalau betul perkara ini berlaku diharap Lisa Surihani dan suami tabah mengharunginya. Mungkin tiada rezeki.

Semoga pasangan ini berusaha lagi dan insyaAllah dikurniakan anak selepas ini.

Jom baca laporan Kosmo ini:

WOW ROMANTIK, GAMBAR SELFIE SAMBIL BERCUMBUAN PASANGAN TERSEBAR !

Posted: 31 Aug 2014 08:51 AM PDT

 
diorang ni mengundang bala sebenarnya dengan aksi selfie penuh ghairah tak ingat dunia...

tidak fikir dua kali sebelum buat sesuatu yang bakal memalukan diri sendiri or memang muka tak pandai malu...

apa ingat kami bangga sangat dengan ciuman ko tu...

ok, anggap sajalah mereka ini sudah bernikah...

kita tengok sajalah lepas ni, gerenti ada kes buang bayi..
 
p/s: sentiasa bersangka baik ! 


NGERI, VIDEO PEREMPUAN GANTUNG DIRI

Posted: 31 Aug 2014 09:14 AM PDT


Ngeri! video memaparkan seorang wanita Indonesia berambut panjang mengurai mati tergantung kini tersebar di media siber.

Mayat dalam kejadian yang berlaku di Arab Saudi ini didakwa seorang pembantu rumah yang ditemui majikannya telah membunuh diri.

Bagaimana pun apabila video ini dikongsikan di sebuah laman Facebook untuk rakyat Indonesia, rata-rata memberi komen yang mereka yakin wanita tersebut dibunuh kerana tiada objek seperti kerusi berada di bawah kaki mangsa.

Selain itu mereka turut mendakwa mayat yang mengakhiri riwayat dengan menggantung diri biasa akan terjelir lidahnya tidak seperti dalam video ini.

Walau apa pun, janganlah sesekali memilih jalan sesat begini untuk mengkhiri masalah dan jika benar wanita ini teraniaya, semoga keadilan ditunjukkan. Wallahua'lam.

EINA AZMAN KINI BERGELAR ISTERI KEPADA DATUK PADIKA KAISER GURMEET HARDEN

Posted: 31 Aug 2014 08:46 AM PDT


Pelakon berusia 19 tahun, Eina Azman hari ini selemat melangsungkan pernikahan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden.

Menurut Harian Metro pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Azman Abdullah, tepat jam 9.03 malam dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Zulkapili Abdul Mutalib serta abangnya.

Pada majlis pernikahan ini juga, Eina atau nama sebenarnya, Cik Ainur Syakina, menerima mas kahwin berjumlah RM770.

Untunglah Eina, muda-muda lagi sudah mendapat gelaran Datin Paduka. Apapun, bersama kita doakan perkahwinan mereka berkekalan ke akhir hayat.

Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. - BeautifulNara




0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment