BARABEREH

BARABEREH


SINGAPURA SEKAT SIARAN TV1 KETIKA SIAR KEKEJAMAN ZIONIS

Posted: 05 Aug 2014 07:49 PM PDT


Laman Facebook Air Times telah melaporkan tindakan kerajaan Singapura yang telah menyekat siaran RTM TV1 baru-baru ini apabila syarikat penyiaran itu menyiarkan kekejaman Israel Zionis.

Warga Singapura yang beragama Islam telah mengecam tindakan stesen TV Singapura yang dikawal oleh kerajaan di sana.

Hal ini terjadi apabila paparan siaran perdana yang kerap menyiarkan kekejaman zionis tidak boleh didapati diwaktu ia berlangsung.

Ini adalah "screen shoot" yang dikirimkan oleh warga Singapura yang marah dengan tindakan tersebut.  SUMBER

2 PELAJAR WARGA BRITAIN MAUT DISERANG DI KUCHING

Posted: 05 Aug 2014 07:37 PM PDT


KUCHING – Dua pelajar perubatan warga Britain maut selepas diserang dengan senjata tajam oleh tiga lelaki di Jalan Abell, di sini, awal pagi tadi.

Pelajar lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 24 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, tiga suspek menaiki Perodua Viva putih dan dua daripada mereka berjaya diberkas.

Sumber berkata, dua mangsa adalah pelajar University Newcastle dan mengikuti program pertukaran pelajar di sini, lapor Berita Harian.

MELAMPAU, YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA DIHINA !

Posted: 05 Aug 2014 06:04 PM PDT


Perbuatan BIADAP seperti ini amat Admin marah sekali. Kenapa sesetengah rakyat M'sia hari ini menjadi semakin biadap & keji?

Ini Sudah Melampau..... ! SUMBER

JOHAN DAKWA DUNIA ARTIS BAWA KEMUDARATAN, LUPA DIRI & SOLAT DILUPAKAN

Posted: 05 Aug 2014 05:48 PM PDT


Pelakon Johan As'ari mendedahkan dunia artis yang diceburinya telah membawa kemudaratan sehingga menyebabkan dia lupa diri dan meninggalkan solat.

Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As'ari, 28, berkata, selepas drama pertamanya berjudul Juvana dan Cinta Elysa mendapat sambutan hangat daripada penonton, dia mula mengabaikan diri terhadap perintah Allah.

"Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

"Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya," katanya dalam satu kiriman mesej menerusi apliaksi WhatsApp kepada media, pada Selasa.

Johan (kanan) dan Hisyam Hamid menjalani penggambaran di Krabi, Thailand.
Johan ketika ini berada di Krabi, Thailand kerana menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.

Dalam pada itu kata Johan, kemewahan dan kehidupan dunia glamor yang diraihnya selama ini membuatkan jiwanya berasa kosong selain hati tidak tenang berbanding sebelum bergelar artis.
Bagaimanapun dia tiba-tiba didatangi perasaan insaf dan sedar terhadap kealpaan itu ketika menjalani penggambaran drama di Krabi yang mana ia itu turut dikongsi dalam Instagram miliknya pada pagi Selasa.

"Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

"Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

"Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar," katanya.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak berniat untuk mengundurkan diri daripada dunia seni, sebaliknya berusaha untuk mengimbangkan antara kerjaya seninya dan tuntutan akhirat.

VIDEO: LELAKI KACAK KANTOI CURI IPAD DI KEDAI PAKAIAN

Posted: 05 Aug 2014 05:31 PM PDT


Gadget mahal sememangnya diminati oleh orang ramai. Namun, ada sesetengah pemilik gadget ini tidak menitikberatkan keselamatan barangan berharga ini dengan meletakkan gadget mereka sesuka hati.

Tersebarnya sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berusia 20-an mencuri ipad berwarna hitam milik pemilik kedai pakaian di Bazar Buluh Kubu, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Ogos 2014 pada jam 1 petang, lelaki itu sempat memerhatikan sekeliling kedai seolah-olah mencari CCTV. Dia bagaimanapun menyedari aksinya dirakam, namun nafsu untuk mencuri iPad itu lebih tinggi berbanding kesan dan akibat dari perbuatannya itu pada masa akan datang.

Bagi mereka yang memiliki gadget yang beribu riban harganya, jagalah harta anda sebaik mungkin. Adalah amat malang sekali jika gadget yang dicuri itu memiliki kandungan yang tidak sepatutnya dilihat. Pandai-pandailah ye. 
 

PESERTA HIMPUNAN BOIKOT DI DUNGUN CUBA ROSAKKAN PREMIS MCDONALD'S, BEGINIKAH CARANYA ?

Posted: 05 Aug 2014 05:05 PM PDT



Aqsa syarif amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun hari ini (5 ogos 2014). Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang.

Sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.

Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism)

Aqsa Syarif menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi. Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengerusi
Aqsa Syarif 

GAMBAR TERKINI SITI MUSLIHA DI USIA 31 TAHUN

Posted: 05 Aug 2014 08:07 AM PDT


Dulu nama Siti Musliha agak popular apabila tampil dengan sebuah album.

Siti Musliha dulu menjadi topik hangat apabila menjalani pembedahan konstruksi kosmetik wajah kerana dia dilahirkan dengan keadaan wajah yang tidak normal.

Tapi syukur alhamdulillah kes Siti Musliha mendapat liputan meluas sekaligus membolehkannya menjalani pembedahan.

Siti Musliha telah menjalani pembedahan wajahnya pada kali pertama pada tahun 1984 di sebuah hospital di Adelaide, Australia. Kemudian dia menjalani beberapa lagi pembedahan.

Kini Siti Musliha dah dewasa berumur 31 tahun. Siti Musliha kini telah mendekatkan diri dengan Allah dan telahpun menghafal 30 juzuk Al-Quran. Dengan izin-Nya, Siti Musliha juga telah menunaikan umrah.

Jom lihat gambar terkini yang diambil beberapa tahun lepas.

sumber: (adanaberkat)

Gambar terkini



5 GAMBAR KUKU KANAK-KANAK REPUT AKIBAT GARA-GARA GUNA INAI HOMEMADE RM10

Posted: 05 Aug 2014 07:55 AM PDT


Gara-gara menggunakan inai homemade yang dibeli dengna harga RM 10, kuku kepada anak seorang pengguna Facebook, Puan Diela telah rosak, reput dan hampir tercabut. Beliau memuatnaik gambar-gambar bukti kesan kuku anaknya itu di laman Facebook peribadi beliau.

Kakak ipar Puan Diela yang tidak berpuas hati telah mendapatkan jawapan daripada penjual inai jenama "Seduction Nail" itu. Jawapan yang diberikan amat memeranjatkan apabila bahan-bahan inai homemade tersebut adalah campuran sabun EXON, KAPUR, dan BAHAN PEWARNA.

Ini luahan hati Puan Diela:



Semoga para penggemar inai berhati-hati sekiranya membeli inai homemade. Jangan hanya kerana harganya yang murah sanggup mengambil risiko mencuba jenama yang tidak diketahui keberkesanannya.



6 GAMBAR & HARGA PERODUA AXIA MODEL BARU 2014 DIDEDAHKAN

Posted: 05 Aug 2014 07:11 AM PDT

Beberapa keping gambar terkini Perodua Axia Model Baru 2014 tersebar di media sosial. Perodua Axia dikatakan model yang akan menggantikan Perodua Viva dan dijangka akan memasuki pasaran tempatan pada hujung tahun 2014. 

Harga permulaan kereta Perodua Axia pula dianggarkan sekitar RM30,000 sehingga RM43,000. Perodua Axia dilihat menyerupai model kereta berasal dari Jepun, Daihatsu Ayla. 







Daihatsu Alya:

5 GAMBAR PEMANDU BAS MAUT DILENYEK BAS SENDIRI, CEBISAN OTAK BERTABURAN DI ATAS JALAN RAYA

Posted: 05 Aug 2014 05:41 AM PDT


Kuantan:Seorang pemandu bas maut dalam keadaan kepalanya pecah selepas dilenyek kenderaannya sendiri, di Jalan Kuantan-Pekan, berhampiran Kampung Tanjung Lumpur,kira-kira jam 5.30 petang tadi.







Kejadian menyebabkan Wan Mohd Shah Wan Mohd Ramli,58 dari Taman Kempadang Perdana, di sini, maut dengan cebisan otaknya bertaburan di atas jalan raya.

Mangsa yang ketika kejadian berseorangan, memandu bas milik Institut Kemajuan Ikthisas Pahang(IKIP) dalam perjalanan dari asrama pusat pengajian terbabit di Kampung Peramu untuk mengambil pelajar di Taman Gelora, di sini.

Akibat kemalangan terbabit, bas mangsa bergerak kira-kira 100 meter tanpa pemandu hingga menghentam tiga kereta, tiang elektrik dan dua kedai makan. -DailyTrafficReport

UPDATE: KISAH SEBENAR GADIS BERGAMBAR DI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DENGAN MESEJ GAZA & MH17

Posted: 05 Aug 2014 05:21 AM PDT



Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.




Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.

Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.




Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

"Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak," ujarnya yang turut memberitahu 'pendakian' mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.




Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.



Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan.

DAYUS TAHAP NAGA, VIDEO SUAMI BELASAH TERUK ISTERI TERSEBAR !

Posted: 05 Aug 2014 03:16 AM PDT



Video berdurasi 2.30 minit menyaksikan dua beradik cuba menghalang si bapa terus membelasah ibu mereka.

Punca dan lokasi kejadian tidak dapat dikenalpasti. Namun, lelaki itu tidak mengendahkan rayuan dua beradik itu terus menendang isterinya yang sudah terbaring di lantai.

Bagaimanapun, tidak beberapa lama kemudian jiran mereka datang membantu, dipetik Mymediahub.

RANGE ROVER DICAT DENGAN EMAS, CARA JUTAWAN ARAB SAUDI HABISKAN KEKAYAAN !

Posted: 05 Aug 2014 12:21 AM PDT



LONDON – Kerana terlalu kaya, seorang hartawan dari Arab Saudi tidak kisah menghabiskan kekayaannya itu hanya untuk sebuah kereta.

Dia menunjukkan kekayaannya dengan menerbangkan sebuah kereta Range Rover yang dicat dengan emas dan bernilai RM800,000 dari Arab Saudi dan diletakkan di luar hotel Wellesley di Knightsbridge.

Kereta terbabit mempunyai plat pendaftaran 666 dan dibawa khas dari negaranya untuk kegunaan hartawan berkenaan sepanjang percutiannya.

Salah seorang penduduk tempatan berkata, kereta Range Rovers yang lain kelihatan normal namun kereta milik hartawan Arab Saudi itu memang sesuatu yang berlainan.

"Anda tidak boleh melepaskannya. Ia memang menakjudkan dan pemiliknya memang seorang yang kaya apabila memutuskan untuk mengecat kereta itu dengan warna emas.

"Tetapi saya rasa ia tidak akan menang anugerah kereta paling bergaya,'' katanya, dipetik Mynewshub.

UPDATE: "SAYA MOHON MAAF" - AMYRA ROSLI

Posted: 05 Aug 2014 12:15 AM PDT


Hanya tinggal tiga hari saja lagi, pelakon Amyra Rosli bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan tunangnya pelakon Dazrin Kamarudin. Semua persiapan telah dibuat namun tiba-tiba saja timbul khabar majlis tersebut telah dibatalkan. Berita tersebut mengejutkan ramai pihak sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Mengulas mengenai perkara itu, Amyra berkata dia memohon maaf kepada semua pihak dan tujuannya membuat kenyataan, bukan sengaja mahu menghebohkan berita sedih ini tetapi tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.

"Pada hari Jumaat ini tidak akan ada majlis pernikahan kami. Saya mohon maaf kepada semua pihak yang mungkin telah block tarikh 8 Ogos ini bagi meluangkan masa untuk hadir. Saya buat kenyataan ini kerana tidak mahu nanti menyusahkan mana-mana pihak yang ingin datang.

"Saya tahu semua orang tertanya-tanya, kenapa… Saya tahu hal kahwin ni bukan perkara main-main.

"Sebenarnya semua persiapan telah siap dibuat cuma kad kahwin belum diedarkan lagi. Kiranya hal tentang kad kahwin kami buat paling akhir sekali. Tapi sampai sekarang belum diedarkan lagi. Sebab itu ramai yang dah bertanya jadi kami beritahu bahwa majlis sebenarnya telah dibatalkan.

"Tapi pembatalan ini mungkin bukanlah selama-lamanya. Soal jodoh bukan kita yang tentukan, semuanya ditangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi keputusan yang kami buat ini juga bukanlah titik noktah untuk laluan hidup kami", katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.com sebentar tadi.

Heroin drama 'Hanya Kau Cintaku Seorang' ini bagaimanapun enggan mendedahkan punca mengapa majlis perkahwinannya itu dibatalkan disaat akhir.

"Cukuplah selama ini kami kongsikan tentang berita-berita gembira kami, tentang persiapan nak kahwin kami. Tapi saya harap semua pihak hormati keputusan ini dan saya tak mahu lah berkongsi tentang cerita negatif", tuturnya dengan nada tenang.

Dalam pada ditanya mengenai hubungannya kini dengan Dazrin, Amyra berkata hubungannya dengan 'Juara Fear Factor Selebriti Malaysia' itu masih baik.

"Kalau gaduh ker baik ker, semua pasangan pun melalui perkara itu. Sama macam kami juga. Kami masih berhubung tapi sudah tidak bergaduh lagi tentang hal perkahwinan.

"Sebagai orang Islam, saya reda dan terima ketentuan qada' dan qadar. Saya anggap kami tiada jodoh. Sekali lagi, saya mohon maaf dan berharap semua pihak hormati keputusan kami", katanya mengakhiri perbualan.

Dazrin dan Amyra berkenalan selama tiga tahun sebelum bertunang pada 25 Ogos tahun lalu, lapor Malaysian Digest.

BOIKOT BESAR-BESARAN SELURUH NEGARA BERMULA JUMAAT INI !

Posted: 05 Aug 2014 12:11 AM PDT


SHAH ALAM – Setelah beberapa siri bantahan dilakukan rakyat di negara ini terhadap produk yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel, kempen itu nampaknya semakin diperhebat dari hari ke hari.

Melalui satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial, orang ramai diajak memboikot McDonalds bermula Jumaat ini di seluruh negara. Tiada maklumat setakat ini siapakah penganjur kepada kempen tersebut.

"Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin," tulis pesanan itu.

Pemerhatian Sinar Harian Online mendapati rata-rata pengguna yang berkongsi perkara tersebut di laman sosial masing-masing menyokong kempen berkenaan, lapor Sinar Harian.

LELAKI TERTAYANG "BURUNG JINAK" SEMASA AMBIL GAMBAR BERAT BADAN

Posted: 04 Aug 2014 11:50 PM PDT



TUJUAN dia memuatnaik gambar timbangannya dalam media sosial hanyalah kerana mahu berbangga dengan rakan-rakannya bila dia berjaya menurunkan berat badan.

Namun dia tak sedar yang alat penimbang tersebut mempunyai permukaan yang 'reflektif'.

Lalu dengan bangga dia berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakan media sosialnya.

Dia yang pada mulanya mengharapkan rakan-rakannya memuji kejayaannya menurunkan berat akhirnya MALU BESAR apabila komen yang diterimanya 'jauh menyimpang' daripada apa yang dia harapkan.

Ini antara komen yang lelaki ini terima;

" Hahahaha, kau nak tunjuk APA sebenarnya "

" Oh macam tu ya 'bentuk' yang saudara miliki "

" John, teman wanita kamu pasti berbangga sekarang"

" Tak dapat bayangkan apabila ia 'bangun' "

(komen yang lain tak payah kami siarkan, faham-faham sajalah)

Rupa-rupanya, lelaki tersebut berbogel bila menaiki alat timbangan tersebut.

Disebabkan alat penimbangnya itu diperbuat daripada kaca, akhirnya ia telah mendedahkan 'imej Angry Bird' yang dia miliki secara tak langsung.

Apapun nasi sudah menjadi bubur, bukan saja berat badannya dah diketahui ramai, SAIZ DAN BENTUK alat kelaminnya juga tersebar, haru sungguh! – MyNewsHub

VIDEO PESTA TANPA SEURAT BENANG DI TELUK BAHANG P.PINANG !

Posted: 04 Aug 2014 09:29 PM PDT

 
 
Sekumpulan lelaki & wanita cina dipercayai menganjurkan satu pesta tanpa mengenakan sebarang pakaian di sebuah pulau berhampiran dengan Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.

Pesta tersebut dipercayai diadakan sekitar bulan Jun itu dianjurkan oleh Kelab Sukan B***L Pulau Pinang turut disertai 18 orang yang juga melibatkan golongan berusia 30-45 tahun.

Klip video 5.22 minit itu tersebar dan pelbagai acara turut diadakan sepanjang program tanpa seurat benang itu berlangsung di mana semua peserta diwajibkan menyertainya dalam keadaan yang memalukan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Pulau Pinang enggan mengulas lanjut mengenai pesta berkenaan yang mula tersebar di laman sosial. 
 

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment