BARABEREH

BARABEREH


MEKAH TERBAKAR,SEORANG RENTUNG DIBAWAH TIMBUNAN.

Posted: 24 Jul 2014 05:14 PM PDT


MAKKAH - Seorang maut dalam kebakaran yang terjadi di dalam kawasan yang digunakan sebagai stor menyimpan kayu dan perabot lama berhampiran dengan Masjidil Haram yang sekitar jam 7 pagi, khamis waktu tempatan.


Jurucakap Pertahanan Awam Mekah, Leftenan Kolenel Saleh Al-Elayyani berkata, tujuh pasukan bomba dan unit sokongan telah dihantar ke tapak nahas. Api dapat dikawal sebelum merebak.

Jurucakap itu juga berkata,satu mangsa ditemui mati di bawah runtuhan bumbung yang jatuh akibat kebakaran ini. Difahamkan, kebakaran berlaku berdekatan dengan Masjidil Haram tetapi syukur kerana api sempat dikawal oleh bomba

UPDATE: PESAWAT AIR ALGERIA AH5017 DIPERCAYAI TERHEMPAS

Posted: 24 Jul 2014 12:08 PM PDT



KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Air Algerie dari Burkina Faso ke Algiers telah terhempas, lapor Reuters.

"Saya boleh mengesahkan pesawat itu telah terhempas," kata seorang seorang pegawai kerajaan Algeria kepada Reuters .

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago berkata pesawat itu memohon kebenaran untuk mengubah haluan pada 0138GMT (9.38 p.m. EDT) kerana ribut di kawasan laluan.

Reuters juga melaporkan bahawa lebih separuh daripada penumpang pesawat itu adalah rakyat Perancis.

Dua pesawat pejuang tentera Perancis telah dihantar ke kawasan itu untuk mencari pesawat itu.

Ia dilaporkan bahawa pesawat penumpang itu hilang hampir sejam selepas ia berlepas dari Bukina Faso ke Algiers.

Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan agensi berita kebangsaan APS, syarikat penerbangan itu telah menggerakkan satu pelan kecemasan untuk mengesan pesawat AH5017.

Menurut satu sumber, pesawat itu hilang hubungan apabila ia berada di ruang udara Mali ketika menghampiri sempadan Algeria.

"Pesawat itu berada tidak jauh dari sempadan Algeria apabila anak-anak kapal telah diminta untuk mengubah arah kerana kadar penglihatan yang tidak baik dan untuk mencegah risiko berlanggar dengan pesawat lain di laluan Algiers-Bamako," kata sumber itu.

"Hubungan hilang selepas mengubah arah."

Pesawat itu dilaporkan membawa 110 penumpang, dan enam anak kapal.

Salah satu nahas pesawat yang paling buruk di Algeria berlaku pada bulan Februari tahun ini, apabila sebuah pesawat C-130 tentera yang membawa 78 orang terhempas di kawasan pergunungan ke timur laut negara itu, membunuh lebih daripada 70 orang.

JANGAN KHURAFAT AWAL ASHAARI !

Posted: 24 Jul 2014 11:51 AM PDT

 

PETALING JAYA: Tindakan pelakon dan pengacara Awal Ashaari berkongsi gambar dan meminta pandangan pengikut laman Instagram tentang cara menanam uri selepas isterinya, Scha Al-Yahya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka menerima pelbagai reaksi.

Rata-rata, nasihat yang diberi mengingatkan Awal supaya menolak amalan syirik yang sering dilakukan oleh kebanyakan masyarakat Melayu yang kononnya akan memberi manfaat kepada bayi tersebut pada masa akan datang.

Salah seorang pengikut Instagram Awal yang dikenali sebagai @irza3112: "Tak payah letak apa-apa, tanam dengan sempurna, elak dari digali binatang seperti anjing dan lain-lain. Khurafat boleh rosakkan akidah.

Manakala @azlinaaris2000 berkata: "Jangan diletak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. Tanam di tempat yang bersih dan selamat contonhnya di belakang masjid.

Gambar yang dimuat naik pada pagi Khamis itu mendapat sebanyak 9429 'likes' dan lebih 300 komen daripada pengikutnya yang mencecah 475,000.


Gambar yang dimuat naik oleh Awal pada pagi Khamis.

Bagaimanapun beberapa pengikut turut memberi cadangan membersihkan uri tersebut dengan pelbagai cara pelik.

Antaranya sitizuhaima89 berkata:" Letak dalam sumpit, dalam uri itu letak abu kemudian tutup dengan tempurung dan letak di dapur tempat memasak. Biasanya bidan-bidan yang buat semua itu.

Bagi @Habib: "Jangan tanam dekat dengan akar nanti anak mudah sakit,"Begitu juga dengan @naaina yang memberi pandangan pelik: "Jangan lupa masukkan pensil dan buku sekali agar dia pandai belajar,".

Antara komen dan cadangan pengikut-pengikutnya.

Sementara itu, ada juga pengikut lain yang mempersoalkan tindakan Awal memuat naik gambar tersebut yang dianggap kurang sesuai untuk tatapan umum.

"Untuk mengelak sesuatu yang buruk, lebih baik buang gambar ini. Tidak elok sebenarnya masukkan gambar seperti ini," kata @snfaizal.

Scha Al-Yahya selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 5.50 petang Rabu di Pusat Perubatan Prince Court, dekat sini.

GILIRAN AH5017 MILIK AIR ALGERIA BAWA 110 PENUMPANG HILANG DARI RADAR !

Posted: 24 Jul 2014 11:43 AM PDT


Pesawat penumpang Airbus A320 milik Air Algeria Flight AH5017 hilang dari radar setelah terputus hubungan selepas 50 minit berlepas dari Ouagadoungu, Bukina Faso ke Algiers.

Menurut laporan AFP, syarikat penerbangan itu telah menggerakkan pelan kecemasan untuk mencari pesawat AH5017.

Pesawat itu dilaporkan membawa 110 penumpang termasuk 6 orang anak kapal.

#MH17: APA AKAN TERJADI KEPADA MAYAT MANGSA ?

Posted: 23 Jul 2014 11:47 PM PDT


Sementara keranda mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang diterbangkan dari lokasi kejadian ke Belanda, tersusun dalam satu upacara rasmi yang memilukan, CNN melaporkan, berbelas saintis forensik di sebuah pangkalan tentera di sana sedang bersedia untuk tugasan berat.

Mereka akan mengenal pasti identiti mangsa yang terdiri daripada 298 penumpang dan anak kapal – termasuk kanak-kanak – yang terbunuh apabila pesawat MAS Boeing 777 yang mereka naiki terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.

Menurut CNN, semua jasad dan anggota badan yang ditemui di tapak kejadian itu akan dibawa ke Hilversum, Belanda, di mana sekumpulan pakar dari unit forensik kebangsaan Belanda (Landelijk Team Forensische Opsporing atau LTFO) akan melakukan sedaya upaya mereka mengecam mayat dan memulangkannya kepada waris.

"Kita tidak tahu kewarganegaraan setiap jasad," kata Jos van Roo dari LTFO seperti dipetik CNN.

"Jadi, kami cuba mengenal pasti semua mayat. Kami juga berhubung dengan negara lain untuk mendapatkan kerjasama dalam melakukannya," katanya.

LTFO berpengalaman dalam malapetaka besar lain seperti tsunami Asia pada 2004, kapal terbang Afriqiyah Airways 771 yang terhempas di Libya pada 2010 dan insiden lain di Belanda.

Van Roo memberi jaminan mereka akan terus memelihara mayat dengan baik sebagai tanda hormat kepada mangsa elak daripada menambahkan lagi kesedihan kepada keluarga mereka.

Pakar forensik: Mesti sangat teliti dan tepat

Ia satu tugas yang cermat dan teliti, kata Van Roo:"Ada banyak jasad dan anggota badan. Semuanya perlu diperiksa. Mesti teliti dan tepat. Kita mesti pastikan kita tidak tersilap dalam memulangkan mangsa kepada keluarga mereka."

Menurut CNN, pasukan ini memulakan kerja dua hari lalu di lokasi kejadian iaitu di sebuah ladang di Ukraine dekat sempadan Rusia di mana jatuhnya MH17 dan semua penumpangnya yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pakar forensik genetik, Denise Syndercombe-Court dari King's College London dilaporkan berkata, sesetengah proses pengecaman dijangka agak mudah, lapor TMI.

5 GAMBAR AKSI SITI NURHALIZA DENGAN CUCUNYA

Posted: 23 Jul 2014 11:42 PM PDT


Umum mengetahui Dato Siti Nurhaliza masih lagi belum di berikan rezeki oleh Allah S. W.T atau tepatnya dikurniakan anak dalam perkahwinannya bersama Datuk K.

Bagaimanapun, Datuk Siti dan datuk K tetap tenang menangani dugaan mereka sekeluarga itu. Walaupun begitu, Datuk Siti Nurhaliza tetap merasa bahagia dapat menimang anak kecil iaitu cucunya, Ayden.


Untuk info anda, Ayden ini merupakan cucu sulung Datuk K hasil perkongsian hidup anak sulungnya Anas Zawawi dengan Nasha Alyssa yang merupakan anak perempuan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.


Anas Zawawi dan Nasha Alyssa telah melangsungkan pernikahan pada Disember 2012 dan Ayden ni dilahirkan pada Disember 2013 lalu. Kini usia Ayden mungkin sekitar 6 bulan lebih-lebih la kot. Comelkan gelagat Datuk Siti dan Ayden. Disertakan juga foto Datuk K menyusukan cucunya itu.


Tidak dinafikan, admin dan ramai lagi peminat Datuk Siti diluar sana tidak sabar menantikan cahaya mata sulung Datuk Siti. Sabarlah, belum ada rezeki mereka lagi.



Apapun, marilah kita sama-sama doakan yang terbaik buat pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K sama ada kebahagiaan didunia dan juga di akhirat kelak. Insyaallah.

MARSHANDA KEMBALI SEKSI SELEPAS BERCERAI

Posted: 23 Jul 2014 11:33 PM PDT


PELAKON dan penyanyi Marshanda Indonesia, mengejutkan para peminatnya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab selepas bercerai dengan suaminya, Ben Kasyafani bulan lalu.

Portal Kapan Lagi melaporkan dia mengambil tindakan tersebut kerana dikatakan tidak rasa terhubung dengan penamilannya sejakempat tahun lalu itu dan ingin berasa bebas selepas bercerai.

Marshanda dalam satu entri di laman sosial Instagram menegaskan dia tidak peduli dengan pandangan orang tentang keputusannya dan bahagia dengan kehidupannya sekarang


"Saya tidak perlu perhatian daripada anda semua kerana saya tidak peduli dengan apa juga yang anda ingin katakan tentang keputusan saya. "Kebahagian saya terletak dalam tangan saya sendiri dan bukannya ditentukan oleh orang lain," katanya.

Keputusan Marshanda itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya di Indonesia yang terkejut dengan tindakannya membuka
tudung.

"Cha, dulu saya tidak meminati anda tetapi selepas kamu berkahwin dan mempunyai anak, saya mulai suka dengan kehidupan baharu kamu.

"Tapi hari ini, kekaguman saya untuk kamu sudah hilang," kata salah seorang peminatnya di laman sosial Instagram.

Bagaimanapun ada peminat yang mempertahankan tindakan pelakon itu dan menganggap ia adalah pilihan Marshanda dan tiada siapa boleh memaksanya.

"Jangan terlalu cepat menilai kerana dia lebih tahu apa yang sedang dilakukannya. Sebagai peminat adalah lebih baik kita mendoakan agar dia terus diberikan hidayah," kata peminatnya.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Sienna Ameerah Kasyafani.

Dalam pada itu, peguam bela Marshanda, Afdal Zikri menegaskan tindakan pelakon itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perceraian tersebut.

Jelas Afdal, keputusan tersebut dilakukan adalah pilihannya sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak.

"Itu keputusan dia, kita harus hormati pilihan yang dia buat dan dia sudah matang untuk menentukan apa yang terbaik," katanya.

INDAH KHABAR DARI RUPA, PELANGGAN BERANG BAJU RAYA JAKEL TIDAK BERKUALITI

Posted: 23 Jul 2014 11:26 PM PDT


"Ingat Kain, Ingat Jakel"

Itulah tagline syarikat bumiputera, Jakel yang ditubuhkan semenjak 1985 dan mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records sebagai Largest Textile Gallery di Malaysia.

Awal-awal ramadhan yang lalu, Jakel dengan hangatnya mempromosi baju raya melalui media tv. Baju Melayu Zizan Razak dan Aaron Aziz antara 'hot cake' yang dipromosikan di kaca tv menyebabkan ramai pelanggan yang menyerang premis-premis Jakel di seluruh negara.

Namun, ada juga cerita yang kurang enak mengenai Jakel didedahkan oleh para pelanggannya di Facebook rasmi Jakel.

Harganya, bukanlah semurah yang disangkakan. 1 baju melayu cap Zizan Razak je harganya menjangkau RM299. Adalah tidak berbaloi untuk anda yang bergaji RM1,500 ke bawah nak beli baju raya semahal itu. Walau bagaimanapun, atas dasar minat, suka dan tertarik, ada juga yang membelinya. Tak mengapa, itu pilihan pelanggan. Jika mampu, belilah.. tak salah kan?

Apa yang mula dipertikaikan oleh pelanggan ialah, kualiti baju melayu yang dijual tidak setanding dengan harga yang dikenakan. Bagi pelanggan, jika barangan yang dibeli dengan harga mahal RM200 ke atas, kualitinya mesti tip top juga. Bukannya sembrono gaya pembuatannya.


Menurut seorang pelanggan Jakel, dia telah ditipu dan tertipu. Tidak seperti yang disiarkan di iklan tv yang mengatakan harga lebih RM60, tetapi bila tiba di kedai Jakel sendiri, harganya RM150 ke RM200+. Pelanggan malang yang menggunakan nama samaran Styletto Faz itu membuat perbandingan kain dengan kiosk di tepai jalan, produk di tepi jalan lebih berkualiti dari produk Jakel. Serik dengan kejadian itu, Faz menjadikan perkara itu sebagai pengalaman pertama dan terakhir membeli produk Jakel.

Apa sudah jadi?

Apakah Jakel takut kehilangan pelanggan yang ramai, lantas mengarahkan 'kilang²'nya mempercepatkan stok produk jualan sehingga terpaksa mengabaikan kualiti produk?


Ini pula pengalaman dari seorang pelanggan yang menerima layanan buruk dari Jakel Shah Alam. Salah seorang staf Jakel memaksanya membuat bayaran terlebih dahulu semata-mata untuk mengejar masa 'happy hour'. Adhm Bsri juga dijanjikan oleh staf tersebut akan mencari saiz dan warna yang dikehendakinya. Namun, setelah membuat pembayaran, tiada hasil.

Nampaknya ramai sudah tertipu. Sebuah syarikat yang mendapat nama dalam Malaysia Book of Record telah menjejaskan kepercayaan orang ramai.


Sebenarnya ada banyak lagi aduan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan Jakel. Bagaimanapun telah dipadamkan oleh admin Facebook Pages Jakel yang tidak telus. Perbuatan mereka ini bagaikan satu tindakan yang menghina maruah pelanggan dan Jakel gagal menerima teguran dari pelanggan.

Diharapkan Jakel tampil menjawab segala aduan pelanggan, bukannya membakul sampahkan aduan mereka. Berniagalah dengan baik dan bijak jika ingin bertahan lama dalam industri perniagaan kain.

UPDATE: PENGUSAHA TASKA TEMANKU DAKWA DIFITNAH, AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Posted: 23 Jul 2014 11:12 PM PDT


Berikutan penyebaran artikel pendedahan oleh seorang ibu di Facebook yang mendakwa anaknya dianiaya Taska Temanku, Menara PJD di media sosial dan blog-blog (RUJUK SINI), pengusaha taska yang hanya mahu dikenali sebagai Razman, 45 tampil menjawab bahawa tuduhan yang tersebar.

Melalui Akhbar Metro, Razman mendakwa pendedahan itu adalah satu fitnah berikutan salah faham yang berlaku sebelum ini dengan penjaga bayi tersebut.

"Saya seolah-olah menjadi mangsa buli media sosial berikutan dakwaan itu tidak berasas dan sengaja disebarkan bekas pelanggannya susulan salah faham berlaku sebelum ini.

"Perniagaan pusat jagaan kanak-kanak milik saya hampir bangkrap berikutan tindakan individu menyebarkan fitnah kononnya kami mendera anak pelanggan dengan membalut tubuh mereka seperti mumia,"

"Pelanggan itu pernah menghantar anaknya ke sini, namun tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara. Dia menyebarkan maklumat tidak benar sekaligus meraih simpati ramai,"

Menurutnya, individu terbabit turut memuat naik gambar melalui laman sosial Facebook mendakwa pengasuh di taska miliknya sengaja menulis perkataan babi pada lampin dipakai kanak-kanak jagaan mereka.

Menurutnya, kecaman tidak berasas itu yang ditokok tambah mendakwa pengasuh taska membalut keseluruhan anaknya dengan kain dan hanya menampakkan mata dan rambut.

Razman juga mengatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang memandangkan reputasi perniagaannya jatuh merudum.

"Kami sedia ditegur namun perbuatan menfitnah ini terlalu berat untuk diterima" Luah beliau lagi.

Beliau juga sudah membuat laporan Polis di balai Polis Setapak, Selangor. - TTO

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment