BARABEREH

BARABEREH


4 GAMBAR TERKINI ROZITA CHE WAN DENGAN KANDUNGAN 6 BULAN

Posted: 22 Jul 2014 09:09 PM PDT

 
Rozita Che Wan kini sudah menjangkau 6 bulan usia kandungannya. Nampak Che Ta semakin berseri-seri bersama suami tercinta, Zain Saidin.

Dengan usia 6 bulan kandungannya, baby bump sudah mula kelihatan di perut Che Ta.

Walaupun mengandung, Rozita Che Wan kini semakin busy dan murah rezeki dengan perniagaannya dan produksi nya.

Rozita Che Wan ada menjual pakaian dan tudung atas jenama Padusi Couture dan produksi TV, Padusi yang menerbitkan rancangan yang best, Resepi Memikat Suami.

Gambar terkini di bawah: SUMBER





YUNA HIASI MUKA DEPAN MAJALAH COSMOPOLITAN DENGAN FESYEN BARNEY AND FRIENDS

Posted: 22 Jul 2014 09:04 PM PDT


Ok ini agak kelakar juga sebenarnya. Ada peminat yang menyamakan fesyen yang digunakan oleh Yuna untuk muka depan majalah Cosmopolitan adalah serupa dengan kartun Barney and Friends. Kasar juga persamaan yang diberikan. Mentang-mentanglah Yuna memakai baju serta tudung berwarna ungu.

Namun setiap kali Yuna tampil menghiasi majalah atau berkongsi imej terbarunya, pasti ia membuatkan para peminat penyanyi hebat ini berbelah bahagi. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang menjadi orang tengah. Yang menyokong gembira dengan gaya 'international', yang membantah kecewa Yuna tidak seperti dahulu dan macam-macam lagi.


 Sekali pandang memang nampak 'up to date', mengikuti perkembangan fesyen dan ada tarikan tersendiri. Mungkin Yuna lebih mengerti apa yang dimahukan oleh peminat luar negaranya. Jadi kita selaku peminat, sokonglah setakat mana termampu.

#MH17: "MENGANDUNG KETIKA BERCERAI" - BEKAS ISTERI PENUMPANG PESAWAT

Posted: 22 Jul 2014 08:54 PM PDT

 
Segamat – "Saya tampil hanya untuk kepentingan anak tunggal kami yang tidak sempat pun melihat bapanya," kata Nabilah Yusra Mohamad Din, 25, bekas isteri Hasni Hardi Parlan, 30, penumpang pesawat MAS penerbangan MH17 yang terhempas baru-baru ini.

Nabilah Yusra berkata, dia terpaksa tampil memberikan penjelasan berhubung status arwah selepas beberapa pihak menyatakan arwah masih bujang sedangkan pernah berkahwin dengannya dan dikurniakan seorang anak.

Katanya, mereka berkahwin pada Disember 2012 sebelum berpisah September tahun lalu, tetapi ketika bercerai dia sudah disahkan mengandung dan tertulis dalam sijil cerainya.

"Selepas berpisah, saya bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala bekas suami bekerja di Belanda sebagai jurutera syarikat perkapalan.

"Ketika mendaftar perceraian di Mahkamah Syariah Segamat, arwah pernah berkata ingin melihat anaknya dan dia sepatutnya berbuat demikian ketika pulang 17 Julai lalu, lapor Hmetro.

BALIK KAMPUNG SEMPENA AIDILFITRI BERTUKAR TRAGEDI, IBU DIBUNUH DALAM RUMAH

Posted: 22 Jul 2014 08:38 PM PDT


Kota Tinggi – Kegembiraan seorang anak pulang ke kampung lebih awal untuk menyambut Aidilfitri bersama ibu, bertukar membawa kesedihan apabila menemui wanita itu mati dibunuh dalam rumahnya di Felda Lok Heng Barat di sini, kelmarin.

Jariah Abu Bakar, 62, ditemui terbaring tidak bernyawa dengan kecederaan di kepala di ruang tamu oleh anak perempuannya yang baru tiba dari Kuala Lumpur jam 11 malam bersama keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, wanita itu pelik apabila ibunya tidak membuka pintu selepas beberapa kali dipanggil sebaik dia tiba bersama keluarganya.

Menurutnya, wanita itu mengintai ke dalam rumah melalui tingkap dan terkejut melihat ibunya terbaring dengan kepala berlumuran darah.

"Balai Polis Bandar Penawar menerima panggilan pada jam 12.05 tengah malam dan bertindak atas maklumat itu, pasukan anggota ke tempat kejadian.

"Berdasarkan siasatan di tempat kejadian, ibu tunggal terbabit adalah mangsa samun yang bertukar menjadi mangsa bunuh. Barang kemas dan barang berharga turut hilang dari rumah berkenaan," katanya, lapor Hmetro.

#MH17: KEHEBATAN NAJIB RAZAK TERSERLAH, SYABAS !

Posted: 22 Jul 2014 07:10 PM PDT


ALHAMDULILLAH…akhirnya segala usaha dan kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pegawainya dalam menangani isu MH17 telah mula menampakkan sinarnya.

Seperti yang kita semua maklum, mereka telah berusaha di sebalik tabir bagi mewujudkan hubungan dengan mereka yang mengawal lokasi nahas.

Malam tadi, Najib sendiri telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah di mana tragedi itu berlaku.

Mereka berdua akhirnya telah mencapai persetujuan.

Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez, akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv untuk diserahkan kepada para wakil dari Netherlands.

Kereta api itu akan bertolak petang ini mengikut waktu Ukraine, dan akan diiringi enam anggota pasukan pengumpul bahan bukti dari Malaysia. Mayat-mayat itu kemudian akan diterbangkan keAmsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.

Kedua, pada kira-kira 9 malam ini waktu Ukraine, dua kotak hitam akan diserahkan kepada pasukanMalaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.

Ketiga, para penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

Menurut Najib, adakalanya beliau berasa mahu menyuarakan dengan lantang kemarahan dan kepiluan yang dirasai rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, kadang kala, kita perlu bekerja secara senyap untuk mendapat hasil yang lebih baik.

Sementara itu, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) menyifatkan Najib telah menggunakan "diplomasi rahsia" dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan tersebut.

Kata pengarangnya, Najib berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan "yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia."

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri cukup membanggakan.

Ini kerana beliau telah berfikir 'di luar kotak' atau di luar kaedah biasa yang digunakan pemimpin dunia bila berhadapan dengan krisis seperti ini.

Inilah kualiti kepimpinan kelas pertama yang ada pada beliau.

Kalau dilihat, semenjak akhir-akhir ini, Najib telah diduga dan diuji dengan pelbagai masalah dan ujian yang cukup berat.

Namun Najib tak pernah melatah, beliau seperti biasa, tetap tenang walaupun adakalanya airmatanya mengalir terutama ketika menemui waris mangsa baik MH370 mahupun MH17.

Tetapi disebalik ketenangannya itu, beliau telah bertindak lebih dahsyat dari seekor harimau yang luka.

Sebagai contoh sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden yang menimpa MH17, Najib tidak tidur hampir dua hari berturut-turut.

Beliau menghubungi pakar-pakar keselamatan dan penerbangan, pemimpin-pemimpin dunia, rakan sejawatnya dari seantero benua demi memastikan jenazah rakyat Malaysia dapat dikeluarkan segera dari lokasi nahas dan kotak hitam pesawat MAS itu dapat diambil dari tangan pemberontak.

Antara pemimpin dunia yang telah dihubungi Perdana Menteri ialah Presiden Ukraine (Petro Poroshenko), Presiden Rusia (Vladimir Putin), Setiausaha Agung PBB (Ban Ki Moon), Presiden Amerika (Barrack Obama), Perdana Menteri Britain (David Cameron) Perdana Menteri Belanda (Mark Rutte), Perdana Menteri Australia (Tony Abbott), Presiden Indonesia (SBY), Perdana Menteri New Zeland (John Key), Perdana Menteri Singapura (Hsein Loong) dan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Bahrain.

Hari ini segala penat lelah dan usaha beliau telah mendatangkan hasil yang cukup membanggakan.

Sebab itu bukan mudah untuk menjadi pemimpin, ia tidak semudah memberi kata-kata manis dan pidato yang berapi-api.

Jawatan pemimpin juga satu bentuk ujian Allah.

Ketahuilah, tidak ada musibah yang Allah timpakan kepada hambaNya, melainkan ia sesuai dengan kadar kemampuan hambaNya itu.

Dan musibah merupakan salah satu sebab seseorang dicintai oleh Allah, bahkan semakin besar musibah yang Allah berikan, maka semakin besar pula pahala dan kecintaan Allah kepada hamba tersebut.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya besarnya pahala sebanding dengan besarnya cubaan (musibah), dan sesungguhnya apabila Allah mencintai suatu kaum, maka Dia akan memberikan cubaan kepada mereka, maka barangsiapa redha, maka baginya keredhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci, maka baginya kebencian dari Allah"
(HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Apa yang pasti, tindakan dan perancangan Najib dalam isu ini sesuatu yang cukup membanggakan.

Najib bukan sekadar seorang bos, tetapi juga seorang pemimpin yang hebat.

Bak kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt;

" People ask the difference between a leader and a boss. The leader leads, and the boss drives."

Syabas Datuk Seri!

#MH17: ANWAR IBRAHIM JADI BAHAN LAWAK KEPADA PENYERAHAN KOTAK HITAM OLEH PUAK PEMISAH PRO RUSIA ?

Posted: 22 Jul 2014 06:57 PM PDT


Dua hari ini, media antarabangsa dan tempatan tidak putus-putus memuji usaha Kerajaan Malaysia yang berjaya mencapai kata sepakat dengan Puak Pemisah Pro Russia, dalam isu penyerahan Kotak Hitam MH17 yang terhempas di sempadan Ukraine-Russia akibat ditembak.

Ramai yang tertanya-tanya apa punca kejayaan tersebut?

Kotak Hitam MH17 yang mempunyai jawapan kepada semua persoalan mengenai nahas MH17 menjadi rebutan banyak pihak. Namun, Puak Pemisah terlebih dahulu mengambil dan menyorok Kotak Hitam tersebut daripada jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada awal kejadian tragik itu, Presiden Amerika, Barack Obama mengugut Puak Pemisah menyerahkan Kotak Hitam terbabit atau berdepan dengan serangan bom udara. Namun ugutan itu tidak berjaya menakutkan Puak Pemisah.

Vladimir Putin juga cuba mendapatkan Kotak Hitam terbabit dari Puak Pemisah namun juga berhadapan dengan kegagalan.

Justeru, bagaimana Najib boleh berjaya memujuk Alexander Borodai?

Di bawah ini jawapannya:


p/s: sememangnya puak pemisah nak bagi blackbox pada Malaysia pun. Bagi kat lain, habislah bukti dipadamkan. 

#MH17: LUAHAN HATI ROSMAH MANSOR 3 HARI TIDAK BERCAKAP DENGAN NAJIB

Posted: 22 Jul 2014 06:39 PM PDT


"3 hari saya tak bercakap dengan suami sejak kejadian MH17. Dia lalu tepi saya pun dia tak tegur saya. Tapi tak mengapa, saya faham jadi pemimpin negara ini bukan senang," dedah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika berucap di Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia di Wisma Pertahanan semalam.

"Ramai yang beritahu saya, Tuhan tidak akan uji seseorang itu jika dia tidak mampu menggalasnya. Saya cakap ini bukan sebagai isteri Perdana Menteri tetapi naluri sebagai seorang wanita," katannya.

Berkongsi pengalaman mengenai nahas MH17, Rosmah memberitahu dia sendiri tidak percaya dengan berita itu pada mulanya.

"Takkan Malaysia Airlines lagi? Tetapi bila saya ikuti berita terkini, memang sahih. Memang sangat tragik kerana mengorbankan ramai orang tersayang.

"Lebih memilukan ada mangsa yang sudah 30 tahun tak pulang dan anak berusia 10 tahun juga menjadi mangsa." katanya. - Malaysia Gazette

HOSPITAL SWASTA TOLAK TIGA BERANAK MANGSA KEMALANGAN SEBAGAI PESAKIT, RISAU BIL TIDAK DIBAYAR

Posted: 22 Jul 2014 06:31 PM PDT


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update.

Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.

Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab.


Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit. Kalau nak duit sangat baik tak payah buka hospital ! Sumber- SiakapKeli.com

PUNCA AIRBUS MH004 GUNA RUANG UDARA SYRIA, GUGAT KESELAMATAN PENUMPANG

Posted: 22 Jul 2014 06:15 PM PDT


Menerusi laman sosial pada 21 Julai 2014, orang ramai mengecam tindakan pesawat MAS Airbus A380 dengan kod penerbangan MH004 dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke London yang menggunakan ruang udara konflik iaitu Syria sebagai laluan utama.

Perkara ini jelas boleh menggugat keselamatan penumpang MH004 seperti nahas yang berlaku pada pesawat MH17 di ruang udara zon perang Ukraine.

MAS dalam kenyataan rasmi menerusi laman Facebook menjelaskan bahawa ruang udara Syria selamat digunakan oleh pesawat komersial tersebut.

Tambah MAS lagi, laluan itu juga telah mengikut plan laluan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Terdahulu, pesawat MH4 pada 20 Julai 2014 yang berlepas dari KL ke London pada pukul 1.20 petang waktu Malaysia telah mencetuskan kebimbangan orang awam kerana MH4 melintasi ruang udara Syria yang sedang bergolak.

Penjelasan MAS MH4 Guna Ruang Udara Syria

Menurut kenyataan MAS, laluan penerbangan MH004 adalah mengikut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang diluluskan.

Ia mengikut notis yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Syria yang memaklumkan ruang udara Syria tidak tertakluk kepada sekatan. SUMBER

ISU AUNTIE PAKAI BAJU TULISAN AYAT AL-QURAN, TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI

Posted: 22 Jul 2014 05:45 PM PDT


Baru- baru ini kecoh apabila wanita yang berasal di negara Korea ini dituduh menghina agama islam dengan memakai baju tulisan ayat Al - quran.Maka muncullah ribuan ustaz dan ustazah dalam facebook mengecam beliau tidak kurang juga ada yang mendesak supaya beliau dikenakan tindakan yang berat.

Namun ada juga dikalangan rakan-rakan facebook yang menyindir golongan ustaz - ustazah facebook dengan mengatakan kalau beliau berpakaian begini semua nak kecam tapi kalau perempuan-perempuan islam yang berpakaian seperti terlanjang tak nak kecam pula sedangkan ia menyebabkan lelaki ghairah dan berdosa besar serta dijanjikan azab oleh Allah di Akhirat nanti

Berikut perkongsian tentang baju yang mak cik korea tersebut pakai cuba tengok siapa yang menjual baju tersebut? orang melayu namun tidak dapat dipastikan adalah beliau melayu islam atau melayu bukan islam jika beliau seorang peniaga islam pasti lebih peka dengan isu ini

"MANAKALA KENDURI RASULULLAH PALING MAHAL ADALAH ROTI JALA......" - USTAZ KAZIM ELIAS BERI PENJELASAN

Posted: 22 Jul 2014 05:26 PM PDT


Penjelasan Ustaz Kazim Elias di bawah:

Isu roti jala cicah kuah kari ;

Pendakwah selebriti Ustaz Kazim Elias berkata beliau tidak bermaksud memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W melakukan kenduri paling mahal dengan menyediakan roti jala yang dicelup dengan kuah kari seperti yang dipaparkan dalam sebuah buku dan juga rakaman ceramah yang tersebar.

Menurut Kazim, sebenarnya mengikut sejarah, Nabi pernah menyediakan roti yang dicicah dengan kuah kambing dan bagi mengikut sunah Rasulullah, masyarakat zaman ini boleh menyediakan roti jala dicelup dengan kuah kari kepada tetamu yang hadir. "Saya tahu ramai yang mempertikaikan tentang perkara itu.

Takkanlah saya bodoh nak cakap Rasulullah beri makan roti jala kepada tetamunya. Zaman itu ada ke roti jala ke? "Ia sebenarnya hanyalah satu contoh di mana jika Rasulullah menyediakan roti dengan kuah kambing, apa salahnya kita sediakan roti jala dengan kuah kari.

Tetapi ramai yang salah faham," katanya yang dihubungi mStar Online. Pada tahun lalu, sebuah buku berjudul Tuhan Sedang Menguji Kita yang memetik ceramah-ceramah Kazim telah diterbitkan di bawah penerbitan Karangkraf. Artikel yang ditulis di sebuah buku 'Tuhan Sedang Menguji Kita'. Bagaimanapun buku tersebut menjadi bualan ramai apabila pada muka surat ke-51, terdapat artikel yang mengatakan kenduri Rasulullah S.A.W yang paling mahal adalah roti jala dicelup dengan kuah kari.

Rakaman video ceramah mengenai topik itu juga turut dirakamkan dan disiarkan menerusi YouTube sehingga menimbulkan komen-klomen negatif masyarakat. Ramai yang memberi reaksi bahawa Kazim telah menyampaikan informasi salah dan ia boleh menjejaskan akidah masyarakat yang mengikuti ceramah-ceramahnya.

Dalam pada itu, Kazim berkata, sebelum buku tersebut diterbitkan, dia telah membuat beberapa pembetulan termasuklah bahagian isu roti jala yang ditulis, namun dia tak pasti sama ada ia telah diperbetulkan atau tidak.

Sementara itu, Kazim berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan isu yang ditimbulkan kerana dia tahu ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi tersebut dengan memanipulasikan kenyataannya itu. "Sebenarnya perkara itu sudah lama malah buku itu laris dijual.

Tetapi kenapa ia perlu dibangkitkan sekarang? "Saya tahu ada pihak yang tidak puas hati dengan saya yang tidak menyokong sesebuah parti politik itu sehinga ia sengaja mencetuskan isu. "Dan pendirian saya pula, sebagai pendakwah tidak akan memihak kepada mana-mana parti politik kerana saya hanya mahu berdakwah. Itu sahaja," tegasnya. -MYNEWSHUB

4 GAMBAR: 10 MAUT DALAM KEBAKARAN DI TOL KESAS

Posted: 22 Jul 2014 05:08 PM PDT

Sebuah lori yang penuh dengan muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang di Plaza Tol Sunway (arah barat) di Lebuhraya KESAS.

Kejadian dalam jam 4 petang tadi melibatkan dua buah kenderaan termasuk sebuah kenderaan MPV yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori terbabit.

Bagaimanapun, pemandu lori dipercayai telah melarikan diri selepas kemalangan itu.

Menurut sumber tidak rasmi, 10 orang maut termasuk 2 orang penjaga tol dan 2 orang bayi.

Namun perkara itu telah dinafikan oleh KESAS. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku. - My Media Hub



UPDATE: EZANY DEDAH GAMBAR ISTERI BERSAMA SKANDAL DI FACEBOOK

Posted: 22 Jul 2014 02:48 AM PDT


Boleh dikatakan, kemelut rumah tangga Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas tersiar di akhbar utama.

BACA SINI:

 
Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.

Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan 'kes' isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook.

Hari ini sahaja, Ezany telah memuat naik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.


Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.

Tak dinafikan, memang hebat sungguh dugaan yang terpaksa ditempuh Ezany pada bulan mulia ini.
Namun diharapkan dia tidak mengikut perasaan marah kerana Islam telah menyediakan garis jelas apa perlu dilakukan suami isteri apabila berlaku masalah rumah tangga.

Justeru diharapkan segala-galanya dapat diselesaikan dengan baik apatah lagi Ezany dan isteri mempunyai dua cahaya mata bersama yang perlu difikirkan agar mereka tidak menjadi mangsa keadaan. -MYNEWSHUB

BODOH, LELAKI TAYANG KEMALUAN DENGAN WANITA BARU DIKENALI DI FB

Posted: 22 Jul 2014 02:38 AM PDT


Info ini sebagai peringatan buat kita jangan cepat menghantar gambar kemaluan or gambar hot kepada mana-mana pasangan atau pihak kerana tanpa anda sedar gambar kemaluan anda mungkin disebarkan di laman sosial.

Gambar yang admin ambil dari page Persatuan Kongsi Gelap Melayu memaparkan seorang lelaki telah menghantar gambar kemaluannya kepada Miera dan miera pula menjawab kemaluannya kecil kemudian... anda baca la sendiri print sreen dibawah sangat memalukan.


Paling Memalukan dalam page persatuan kongsi gelap melayu gambar lelaki serta kemaluan disebarkan tanpa menutup wajah lelaki serta wanita tersebut hal ini tidak sepatutnya berlaku sebagai manusia janganlah kita membuka aib manusia yang lain.

Jadi nama dan gambar terpaksa admin tutup supaya menjaga aib beliau.Disamping sebagai peringatan kepada pembaca sekelian jangan mudah memberikan gambar alat sulit terutamanya wanita.

3 GAMBAR COMEL BAYI PEREMPUAN IRMA HASMIE, TAHNIAH !

Posted: 22 Jul 2014 02:31 AM PDT


Comel! wajah saling tak tumpang seperti ibunya memang mendamaikan hati sesiapa saja yang memandang.

Irma Hasmie selamat melahirkan seorang bayi perempuan di Prince Court Medical Centre pada 18 Julai 2014 lalu. Nampaknya, si abang, Redza Syah Irfan, anak sulung pasangan ini sudah menjadi abang!



Peminat tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada keluarga Irma. Bertambah meriah dan gembiralah syawal dengan kehadiran bayi yang comel ini. / kredit foto, Radzuan Ibrahim

#MH17: RUSSIA DEDAH BUKTI DATA & IMEJ SATELIT HARI KEJADIAN (VIDEO)

Posted: 22 Jul 2014 02:23 AM PDT


Pihak Russia telah membuat satu pembentangan intensif berkenaan tragedi pesawat MAS MH17 sekaligus respon kepada tuduhan yang dilemparkan oleh banyak pihak terutamanya pihak barat dan sekutunya termasuk pihak berkuasa Ukraine sendiri.

Masak lah Ukraine dan sekutunya US! Russia dah sangkal dan keluarkan bbrp bukti. Bagi yang tak tgk video, boleh tgk ulasan yang saya buat menerusi gambar video. Habis telanjang Ukraine. Jadi benarlah laporan dari twitter "spainbuca" yg telah di delete oleh pihak twitter bahawa mmg terdapat jet fighter yg mengekori MH17. Maruah Malaysia skrg dah jadi kambing, kita semua kambing, sbb negara telah dikambinghitam utk kepentingan kuasa2 besar.

Ikuti video dan sipnosis pembentangan tersebut di sini:- VIDEO ASAL: SUKAN STAR TV

Semua aset yg ditunjukkan dlm gambar2 ni adalah milik Ukraine.


Gambar 1:
  1. Menunjukkan MH17 membuat lencongan sebelum hilang dari radar Russia.
  2. Russia tidak pasti arahan dari siapa samada dari Ukrainian traffic controller atau pihak lain.
  3. Pada tarikh tersebut, Russia mengesan bbrp buah BUK M-1 kepunyaan Ukraine berdekatan tempat kejadian.
  4. BUK M-1 boleh menembak sejauh 35km (> 110,000 kaki) dan sehingga altitud 25 km (> 82,000 kaki).
  5. Russia mempertikai kenapa Ukraine meletakkan sejumlah BUK M-1 di kawasan berdekatan Donetsk walhal di sana memang tidak ada sebarang aktiviti penerbangan dari mana2 pihak tentera.
  6. Dari gambar 1 boleh dilihat route yg asal MH17 dan lencongannya.
  7. Dari gambar boleh dilihat 3 buah anti aircraft missile (BUK M-1) kepunyaan Ukraine di sekitar laluan MH17.

Gambar 2, 3 dan 4:
  1. Gambar satelit diambil pada 14 julai sebaik shj kes kapal kargo AN-26 terhempas.
  2. Terdapat self propelled launching system dan 2 system utk loading (Gambar 2).
  3. Di kwsn berdekatan terdapat sistem radio iaitu 5km dari kawasan BUK-M1 (Gambar 3).
  4. Di utara Donetsk terdapat 4-5 buah air missile system. Anda boleh lihat dgn jelas 60 jenis pelbagai peralatan2 yg ada (Gambar 3).
  5. Gambar kwsn sama tapi diambil pada 16 julai, anda boleh lihat sistem launching tidak ada di situ (Gambar 4).
  6. Pihak Russia tertanya kenapa Ukraine memiliki BUK-M1?
  7. Pihak Russia menegaskan bhw pihak pro-Russian separatist (PRS) tidak memiliki sebarang anti aircraft missile termasuk BUK-M1.

Gambar 5 dan 6:
  1. Terletak 5 km dari timur Donetsk.
  2. Anda boleh lihat sistem anti aircraft missile.
  3. Pihak Russia tertanya kenapa terdapat anti aircraft missile yang terlalu berdekatan dengan kwsn tragedi MH17.
  4. Pada 18 Julai kawasan sama, sistem anti aircraft missile hilang dari peta (Gambar 6).

Gambar 7:
  1. Radar Ukraine pada 17 Julai beroperasi tahap maksima iaitu 9 buah.
  2. Pada 15 Julai, 7 radar beroperasi, 16 Julai pula 8 radar beroperasi dan pada 17 Julai iaitu hari tragedi, sebanyak 9 buah radar beroperasi.
  3. Tiba2 pada 18 Julai, radar beroperasi turun hingga 4 buah hingga minima 2 buah radar dan pihak Russia mahu jawapan kenapa ini berlaku.
Gambar 8:
  1. Gambar pada 17 Julai.
  2. Ada 4 buah kapal iaitu 3 buah kapal komersil dan 1 buah (jumlah tidak diketahui) jet fighter Ukraine.
  3. Empat buah kapal komersil adalah MH17, sebuah kapal terbang (Copenhagen-Singapore) dan sebuah lagi Paris ke Taipei.
  4. Jet fighter Ukraine tiba2 naik ke ketinggian 10km (33,000 kaki) bersamaan dgn MH17 dan masuk ke laluan yg sama. Jarak jet fighter dgn MH17 adalah 3-4km.
  5. Kemungkinan, selain BUK-M1, pihak Russia berkata mungkin misil udara ke udara dari jet fighter Ukraine terlibat. Keupayaan misil tersebut boleh menjangkau 12km dgn jarak jaminan misil sampai pada target iaitu 5km.
  6. Russia pertikai kenapa jet fighter Ukraine terbang sama laluan dgn MH17.
Gambar 9:
  1. Presentation dari Ketua Panglima Tentera Udara Russia (pangkat depa den tak tau, sori)
  2. Gambar menunjukkan dari radar tentera udara Russia.
  3. Lebih kurang jarak 51 km dari sempadan Russia, MH17 dikatakan mula mengurangkan kelajuan.
  4. Pada kawasan terhempasnya MH17, pihak pegawai air traffic Russia dpt mengesan sebuah lagi kapal terbang tapi sukar dikesan oleh radar tentera kerana kapal tersebut ketiadaan alat pengesan secondary.
  5. Kapal terbang tersebut juga dikesan masih berlegar-legar di udara sebaik kejadian berlaku.
Gambar 10:
  1. Pihak Russia mengatakan kononnya pihak US mempunyai gambar bukti Russia atau PRS yg melancarkan missile dari BUK tapi sehingga sekarang tidak ada pihak pernah melihat gambar bukti tersebut.
  2. Ukraine berkata tidak ada sebarang jet fighter mereka di kawasan kejadian telah disangkal oleh pihak Russia.
  3. Pihak Russia menyangkal video youtube yang menunjukkan kononnya kenderaan BUK-M1 melalui sebuah kawasan di Ukraine memasuki sempadan Russia.
  4. Terdapat sebuah papan iklan kenderaan dalam video dan tarikh pengiklanan iklan tersebut adalah 15 Mei 2014 dan pada tarikh ini, pihak Ukraine masih menguasai kawasan ini.
  5. Jadi sekarang ni, pihak Russia pula yg bertanya pada Ukraine iaitu apakah jenis pelancar tersebut, ke mana ia dihantar dan dari mana asalnya, kenapa ia diisi dengan misil dan bila kali terakhir ia diisi dengan misil?
  6. Pihak Russia bertegas tidak pernah beri sebarang anti anticraft missile kpd pihak PRS.
Russia akan menghantar kesemua laporan pada kesatuan Eropah dan Malaysia. - SUMBER




#MH17: GAMBAR SERPHAN PESAWAT ADA KESAN TEMBAKAN - PAKAR TENTERA

Posted: 22 Jul 2014 01:56 AM PDT


Pakar ketenteraan mengesahkan ada tanda-tanda pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh dari udara selepas mendapati ada kesan serpihan bom pada badan pesawat, lapor Financial Times (FT).

Kesan serpihan itu dilihat daripada sekeping foto yang pertama kali terbit dalam akhbar itu pada hujung minggu lalu. Foto itu merakamkan serpihan badan pesawat berukuran lebih kurang satu meter persegi.

Serpihan mempunyai satu lubang besar yang dikelilingi lubang-lubang kecil serta tanda terbakar.

Dua penganalisis pertahanan di London dan seorang bekas juruterbang tentera meneliti foto berkenaan dan berpendapat tanda-tanda itu konsisten dengan tembakan misil.

Seorang penganalisis di Royal United Services Institute di London, Justin Bronk percaya tanda-tanda itu menunjukkan pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh misil SA-11 yang dilancarkan dari Buk-M1.

"Saiz lubang serpihan peluru itu konsisten dengan apa yang boleh dilihat daripada serangan SA-11. Bagaimanapun adalah sukar untuk menilai keseluruhan pola letupan dengan serpihan kecil badan pesawat," katanya.

Kenyataan penganalisis itu menepati teori yang yang popular setakat ini iaitu pesawat berkenaan ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah yang pro-Rusia menggunakan misil SA-11 daripada Buk-M1. Kelengkapan senjata itu didakwa dibekalkan kepada kumpulan tersebut oleh Rusia.

Rusia bagaimanapun menepis dakwaan itu dan pada Isnin mendedahkan bahawa sebuah pesawat tentera Ukraine dikesan terbang hampir dengan pesawat MAS yang nahas itu.

Rusia juga mengemukakan beberapa bukti lain yang menunjukkan serangan ke atas pesawat MAS itu dilakukan oleh pihak tentera Ukraine.

Tiga pakar itu juga setuju bahawa serpihan badan pesawat itu datang daripada bahagian depan sebelah kiri Boeing 777. Bekas juruterbang tentera udara itu pula berpendapat berdasarkan petunjuk yang ada pesawat berkenaan ditembak di bahagian depan dari sebelah kiri.

Mereka juga mendakwa lubang besar pada serpihan badan pesawat dalam foto berkenaan mungkin tanda letupan dari dalam ketika pesawat hilang tekanan udara dengan pantas pada ketinggian 10,000 meter.

Penganalisis di Institut Kajian Strategik Antarabangsa di London, Douglas Barrie berpendapat kesan lubang itu konsisten dengan "serpihan letupan peledak".

Kedua-dua penganalisis itu bagaimanapun berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan untuk mengetahui apa yang berlaku termasuk ujian kimia sisa letupan.

Menurut FT, serpihan badan pesawat dalam foto itu ditemui di belakang rumah seorang penduduk kampung berdekatan lokasi nahas. Penduduk itu kemudian memindahkannya ke tepi jalan kerana merasakan ia penting. - ASTRO AWANI

UPDATE: KIKI #CDM25 DIDENDA RM5,000, KERJA KOMUNITI 240 JAM

Posted: 22 Jul 2014 01:46 AM PDT


Pengarah Eksekutif Rangkaian Kerja Kahwin, Siti Fairrah Ashykin Kamaruddin, 30, atau Kiki hari ini dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dan diwajibkan menjalankan kerja-kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Seksyen Kuantan, Pahang.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan merosakkan kereta jenis Toyota milik warga emas, Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada 14 Julai 2014 lalu.

Pastinya berita ini memberikan respon yang berbeza-beza dari rakyat. - My Media Hub

0 Comment "BARABEREH"

Post a Comment